Tuesday, 11 September 2012

Pengurusan janin keguguran



Janin berusia 3 bulan, al - fatihah.



A. Cara pengurusan janin yang gugur



Bayi yang gugur atau lahir yang belum berumur empat bulan dalam kandungan, tidaklah dimandikan dan disolatkan. Cukup dibalut dengan kain lalu ditanam. Demikianlah pendapat fukaha tanpa ada perselisihan pendapat.


Jika telah berusia empat bulan atau lebih dalam kandungan dan menunjukkan ciri-ciri hidup, 

maka menurut kesepakatan fukaha hendaklah dimandikan dan disolatkan. Seandainya tidak menunjukkan tanda-tanda hidup maka menurut golongan Hanafi, Maliki, Auzai dan Hasan tidaklah disolatkan.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: 

"Jika bayi yang gugur itu memiliki tanda-tanda hidup, 

hendaklah disolatkan dan ia berhak mendapat warisan". (HR Tirmizi, Nasai', Ibnu Majah dan Baihaqi) 


Menurut Imam Ahmad, Said, Ibnu Sirin dan Ishak berpendapat 

bahawa ia dimandikan dan disolatkan berdasarkan hadis yang berbunyi: "Orang yang berkenderaan hendaklah berada di belakang jenazah, sedang yang berjalan kaki di depannya, dekat kepadanya sebelah kanan atau kirinya. Sedang anak yang keguguran juga disolatkan dan didoakan keampunan dan rahmat bagi kedua orang tuanya". 

(HR. Ahmad dan Abu Daud)

Menurut ulama ini kerana anak itu merupakan manusia yang telah ditiupkan roh ke dalam tubuhnya sehingga ia harus disolatkan sebagaimana halnya bayi yang mempunyai tanda-tanda hidup. Nabi SAW telah menyatakan bahawa pada usia empat bulan ditiupkanlah roh kedalam tubuh bayi yang ada dalam kandungan ibunya. Menurut pendapat ulama ini, hadis yang dikemukakan oleh pendapat pertama di atas lemah dan kerana bertentangan dengan yang lebih kuat, sehingga tidak dapat diterima sebagai hujjah atau dalil.

Maka dapat kita ambil kesimpulan jika bayi tersebut belum berumur empat bulan dalam kandungan telah meninggal dunia maka tidak perlu dimandikan dan disolatkan. Namun jika telah lebih dari empat bulan, maka perlu dimandikan dan disolatkan.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12125.0



B. Menamakan bayi yang gugur

Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah adalah sunat memberikan nama kepada as-siqth iaitu kandungan yang gugur yang telah ditiupkan roh kepadanya.

Jika belum dapat dikenal pasti jantina as-siqth itu sama ada lelaki atau perempuan, maka dinamakan dia dengan nama yang sesuai untuk lelaki atau perempuan, seperti Hindun " هند ", Hunaidah " ,"هنيدة Kharijah " خارجة ", Thalhah " طلحة ", ‘Umairah " عميرة ", Zur‘ah " زرعة " dan yang seumpamanya.

Begitu juga sunat hukumnya memberikan nama kepada anak damit (bayi) yang meninggal sebelum sempat diberikan nama.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7668.0


1 comment: